ARTIKEL

MEMANG HEBAT... Aksi Galang Jabai dalam acaranya semalam. | Foto: MOHD. ALIF NONI

PARA SUKMA: Kem renang raih lima emas pada hari ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Hari ketiga acara renang yang dilangsungkan di Pusat Akuatik Selangor menyaksikan kem kendalian Sarini Kedri terus cemerlang.

Pasukan itu berjaya meraih tujuh pingat secara keseluruhan, merangkumi lima emas dan dua gangsa.

Himpunan pingat emas diperoleh daripada acara individu menerusi Fraidden Dawan dalam 100 meter gaya bebas (S10) dan 100 meter kuak lentang (S10), Rusdianto Rusmadi bagi 50 meter gaya bebas (S8) serta Galang Jabai untuk 50 meter kuak kupu-kupu (S6-S7).

RANGKAIAN EMAS… Inilah barisan atlet para renang 4×100 meter yang menyumbang pingat emas untuk Sarawak. | Foto: MOHD. ALIF NONI

Satu lagi pingat emas disumbangkan menerusi acara 4×100 meter gaya bebas.

Sementara itu, dua pingat gangsa diperoleh Ng Jia Tak bagi acara 100 meter gaya bebas (S9) dan Julius Jeranding untuk acara 50 meter gaya bebas (S12).

Pengurus pasukan, Sabariah Amit memuji persembahan anak-anak buahnya yang terus berjaya menambah koleksi pingat sepanjang hari ini.

“Aksi konsisten berjaya dipamer para perenang sepanjang saingan.

“Kita percaya berlaku tambahan pingat lagi pada hari terakhir esok (Khamis),” ujar Sabariah kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu bahawa acara renang esok hanya berlangsung separuh hari.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita