ARTIKEL

Ketua Kontinjen Para SUKMA Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Para SUKMA: Sarawak optimis dapat capai sasaran pungutan pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Baki masa yang ada harus digunakan oleh atlet dengan sebaik mungkin, terutamanya bagi mereka yang akan berentap dalam acara masing-masing selepas ini.

Tuntutan ke arah itu penting bagi memastikan atlet terbabit dapat beroleh pingat emas dan mengekalkan dominasi Sarawak di tangga teratas dari segi pungutan pingat.

Ini dapat memastikan Sarawak muncul sebagai juara pada temasya Para SUKMA XXI 2024.

Ketua Kontinjen Para SUKMA Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, menegaskan bahawa semua penolong kontinjen membabitkan pasukan terlibat sudah diingatkan tentang perkara itu.

Justeru, beliau percaya barisan atlet turut sama mengetahui akan tanggungjawab mereka apabila turun beraksi kelak.

“Masih ada beberapa hari sebelum temasya Para SUKMA XXI 2024 melabuhkan tirainya.

“Ingatan saya kepada atlet, terutama mereka yang akan turun beraksi dalam acara masing-masing, agar terus fokus dengan satu misi berusaha beroleh pingat emas,” ujar Razi kepada Arena Suara Sarawak sebentar tadi.

Beliau menyatakan bahawa kontinjen Para SUKMA Sarawak sudah melepasi separuh daripada jumlah sasaran 83 pingat yang ditetapkan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau juga mahu semua penolong ketua kontinjen memastikan kesihatan mahupun emosi barisan atlet masing-masing berada dalam keadaan terbaik.

Ia penting supaya mereka dapat lebih konsisten dan bersemangat pada aksi sebenar nanti.

“Yang penting, atlet kita dapat terus konsisten pada penampilan dalam setiap acara mereka,” katanya.

Razi optimis kontinjen Para SUKMA Sarawak dapat mencapai sasaran pingat tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU