ARTIKEL

SEDIA GEMPUR… Fatimah (berdiri di tengah) bersama-sama atlet dan pegawai skuad Para Boling Padang.

Para SUKMA: Skuad boling padang siap sedia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Para Boling Padang Sarawak, Nur Fithri Yaani Hamdin yakin anak didiknya mampu menampilkan prestasi terbaik sepanjang berlangsung temasya Sukan Para Sukma Selangor 2026.

Bersandar kepada gabungan muka baharu dan lama yang diharap mampu membentuk kombinasi hebat sepanjang saingan,

Menurut Nur Fithri, skuad kali turut diperkuat dengan
enam atlet cacat penglihatan yang telah menjalani latihan secara komprehensif.

“Kami menjalani latihan secara komprehensif hampir sebulan lalu.

Jadi, ia menjadi penanda aras bahawa semua atlet sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kejohanan dwitahunan negara itu kelak,” ujarnya.

Beliau akui telah mencurahkan segala-galanya dan diharap mereka dapat mengaplikasikannya pada hari sebenar kejohanan.

Nur Fithri yang mula melatih skuad terbabit sejak 2020 berkata, pasukan kali ini terdiri daripada atlet yang akan bertanding dalam klasifikasi B1, B2, B3 dan B4.

Dia berkata pasukan itu menetapkan matlamat untuk cuba meraih satu pingat emas pada temasya kali ini.

Sementara itu, jurulatih Saiful Adli Sami berkata pasukan lapan orang kurang upaya fizikal itu juga telah mengekalkan latihan mereka walaupun terpaksa berpindah ke lokasi yang berbeza.

Skuad kurang upaya fizikal menyasarkan dua pingat emas di Para SUKMA Selangor 2026.

Kontinjen gabungan boling padang Sarawak terdiri daripada 15 orang atlet.

Barisan atlet skuad terbabit turut mendapat titipan kata semangat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan