ARTIKEL

Pegawai Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu meninjau keadaan di salah sebuah kediaman penduduk di Gem Park.

Paras Air Bah Sekitar Bintulu Akhirnya Beransur Surut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Keadaan takungan air di beberapa kawasan sekitar Bintulu menunjukkan perkembangan positif apabila paras air beransur surut, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang terjejas sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan di Taman Jason, Gem Park dan Bukit Orang mendapati paras air di parit serta sungai telah berkurangan dan kini berada pada tahap terkawal.

Sementara itu, kawasan Top Villa dan RPR Sibiyu tidak lagi mencatatkan sebarang kejadian takungan air setakat ini.

Walau bagaimanapun, beberapa parit di kawasan berisiko masih mencatat paras air tinggi dan terus dipantau secara berterusan oleh pegawai serta pasukan Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu, dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bintulu.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau memberi perhatian serius terhadap situasi itu dan telah mengarahkan pegawai di pusat khidmatnya meningkatkan pemantauan keadaan cuaca serta paras takungan air bagi memastikan maklumat terkini diperoleh dengan pantas di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, usaha pemantauan itu turut disertai komunikasi berterusan dengan penduduk terjejas bagi mengenal pasti keperluan sebenar mereka termasuk kerja-kerja pembersihan selepas air surut dan keperluan asas harian sekiranya bantuan tambahan diperlukan.

“Langkah susulan akan dilaksanakan segera sebaik paras air surut sepenuhnya dan keadaan persekitaran disahkan selamat.

“Ini bagi membantu penduduk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan meringankan beban mereka supaya komuniti terlibat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dan memantau perkembangan cuaca selain memastikan keselamatan persekitaran masing-masing.

Mereka juga digalakkan menghubungi pegawai di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu sekiranya berlaku sebarang keperluan kecemasan untuk membolehkan bantuan disalurkan dengan segera.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha