ARTIKEL

Pang bersama Jessica meninjau keadaan parkir luar Gereja St. Anthony yang akan dinaiktaraf di bawah Program Transformasi Luar Bandar DUN Tanjong Batu.

Parkir Gereja St. Anthony Dinaik Taraf: Johnny Pang Umum Peruntukan RTP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Demi keselesaan dan keselamatan para jemaah serta komuniti sekitar, ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan penyaluran peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Tanjong Batu bagi menaik taraf kawasan parkir luar Gereja Katolik St. Anthony.

Lawatan tapak yang dilakukan bersama Pengurus Kanan Seksyen Pembangunan Luar Bandar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Ts. Jessica Landsay Andrew Abak hari ini mendapati keadaan fizikal parkir yang tidak lagi selamat dan mesra pengguna.

Permukaan yang tidak rata, kewujudan lubang dan rekahan, serta sistem saliran yang lemah menyebabkan air bertakung setiap kali hujan.

Garisan parkir yang pudar pula menyukarkan kawalan aliran trafik di kawasan tersebut.

“Sebagai wakil rakyat, saya komited memastikan kemudahan asas di kawasan kita berada dalam keadaan terbaik.

“Saya meluluskan peruntukan RTP untuk kerja penurapan semula kawasan parkir dengan asfalt baharu dan reka bentuk dan cat semula garisan parkir serta aliran trafik yang lebih sistematik, ujar Pang.

Tambah beliau, permintaan daripada komuniti untuk pencahayaan tambahan juga telah diambil maklum.

“Jika peruntukan mencukupi, pemasangan lampu baharu akan dilaksanakan dalam fasa ini. Jika tidak, kita akan mohon tambahan dana RTP pada fasa seterusnya,” jelasnya lagi.

Langkah ini bukan sahaja menyelesaikan isu fizikal, malah mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan komuniti pelbagai agama di Bintulu, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha