ARTIKEL

Gambar Hiasan

PARTI HARI LAHIR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUNGA RAYA, anak Abah Den akan menyambut hari lahir yang ke-15 tahun tidak lama lagi.

Anak dara kesayangan Abah Den itu diberi nama bunga kebangsaan sebagai lambang patriotisme Abah Den terhadap tanah air tercinta.

Apabila mendengar Bunga Raya anak tunggal Abah Den bakal mengadakan parti sambutan hari lahir yang gilang gemilang, anak Bang Nun bernama Luna mula cemburu kerana dia juga menginginkan parti yang sama.

Maka Luna pun mengadu kepada anak kawan bapanya yang bernama Amanna.

“Amanna, kau ada dengar Raya nak adakan parti hari lahir besar-besaran? Aku pun nak parti macam Raya. Aku nak jadi tumpuan semua, dapat banyak hadiah.”

“Kau mintalah bapa kau buatkan parti hebat untuk kau. Hari lahir kau juga tak lama lagi. Selepas hari lahir Raya, kalau aku tak silap?” balas Amanna dengan santai dan muka selamba.

Luna gelisah melihat reaksi Amanna, lantas melenting kerana Amanna seperti tidak acuh melayannya.

“Kau dah dapat parti hari lahir yang hebat tahun lepas! Sebab itu kau tak ambil peduli dengan perasaan aku. Kau jangan lupa, bapak aku banyak sokong bapak kau dalam bisnes.”

“Kau jangan lupa, bapak kau pun pernah melawan bapak aku.” Amanna mengingatkan Luna.

Luna masih tidak berpuas hati.

“Tapi bapak kau yang cari pasal terlebih dahulu. Sekarang bapak aku dah sokong bapak kau semula. Apa lagi yang tak cukup?”

“Jadi kau nak aku buat apa? Halang parti hari lahir Raya? Kalau aku halang pun bukannya aku berjaya. Ramai yang suka pada Raya. Silap hari bulan, orang tak pandang muka kau lagi kalau kau ganggu Raya,” sahut Amanna lalu tersenyum sinis.

Luna duduk semula dan memikirkan, bagaimana mahu merosakkan parti hari lahir Bunga Raya.

Sebenarnya itulah tujuan Luna mengadu pada Amanna.

Dia tidak mahu Bunga Raya meraikan hari lahir dengan penuh meriah pada tahun ini.

Anak hingusan seperti Bunga Raya tidak layak diraikan.

Aku lebih baik daripada Raya, getus Luna.

Kemudian Luna beralih semula pada Amanna yang tidak terjejas pun dengan perihal parti hari lahir Bunga Raya.

“Aku fikir, aku nak tengok bagaimana parti hari lahir Raya berlangsung. Kau nak ikut tak?” ujar Luna, memancing perhatian Amanna.

Kemudian Luna memujuk lagi, apakah Amanna tidak ingin tahu persiapan parti hari lahir tersebut?

Dengardengar, parti itu jauh lebih hebat dari parti hari lahir Amanna yang diadakan oleh Atok Penghulu, bapa Amanna yang berpengaruh dan kaya.

Jika parti hari lahir Bunga Raya jauh lebih hebat berbanding dengan parti hari lahir Amanna, ia pasti memalukan.

Maksudnya, bapa Bunga Raya jauh lebih hebat.

Amanna menjeling tepat ke muka Luna dan wajahnya langsung merah padam.

Luna mengira, jeratnya mengena.

Lalu Luna meneruskan pujukannya lagi.

“Kau cubalah tanya bapak kau, mana tahu bapak kau boleh dapatkan kad jemputan parti. Aku dengar parti Raya tak boleh dimasuki oleh sembarangan tetamu. Hanya tetamu yang ada kad jemputan saja yang boleh masuk.”

Akhirnya, Amanna termakan juga pujukan Luna.

Parti hari lahir Bunga Raya lebih hebat? Amanna tercabar.

Mana boleh parti anak hingusan itu lebih hebat dari parti aku, bisik Amanna.

Mahu tak mahu, dia mesti masuk sendiri ke dalam parti hari lahir tersebut dan melihat sendiri apakah parti itu benar-benar hebat atau sekadar khabar angin saja.

Amanna kembali ke rumah dan mendapatkan bapa tercinta, Atok Penghulu yang sedang duduk membaca buku.

Suatu masa dahulu, Atok Penghulu mentadbir Kampung Tanah Memekar selama puluhan tahun.

Pernah disegani, pernah juga dibenci.

Kata Atok Penghulu, itu lumrah menjadi ketua.

Kemudian, Atok Penghulu berundur daripada kerjanya dan memilih mahu hidup aman.

Barangkali punggungnya tak selesa duduk diam dan berehat selama beberapa tahun, Atok Penghulu bangun semula dan berebut jawatan ketua untuk sekali lagi.

Dengan sokongan bapa Luna, Atok Penghulu menjadi ketua tapi untuk beberapa bulan sahaja kerana tak tahan didesak katanya.

Kemudian bapa Bunga Raya mengambil alih menjadi ketua kampung setelah dilantik oleh pihak yang lebih berkuasa dalam urusan lantikan.

Ternyata, lantikan itu menerbitkan rasa cemburu yang tidak terhingga di hati Bang Nun.

Rasa cemburu itu juga menjangkiti Luna.

“Pak, Anna nak pergi ke parti hari lahir Raya. Boleh tak pak tolong Anna?” Amanna bertanya dengan penuh harapan.

Atok Penghulu yang masih suka dengan gelaran pangkatnya suatu masa dahulu dan masih suka orang memanggilnya sedemikian pun menoleh ke arah anaknya dan bertanya.

“Apa nama… parti hari lahir anak siapa itu?”

“Anak Abah Den.”

Atok penghulu merenung tajam ke muka anaknya.

Amanna berdiam diri.

Kata-kata Luna masih jelas kedengaran di telinga Amanna.

Dengar-dengar, parti itu jauh lebih hebat daripada parti hari lahir kau yang diadakan oleh Atok Penghulu, bapa kau yang berpengaruh dan kaya.

Amanna mahu memuaskan hatinya yang gelisah, dia mesti melihat parti hari lahir Bunga Raya depan matanya sendiri.

“Jadi, kau nak dapatkan kebenaran masuk ke parti Raya. Apa nama… itu maksud kau, betul tak?” Atok Penghulu meminta kepastian.

Amanna segera mengangguk.

Selepas itu Atok Penghulu ikut mengangguk dan menepuk-nepuk bahu Amanna dengan muka bangga.

“Kau sudah pandai, Amanna. Kalau mahu kenal orangnya, dampingi orangnya. Ya, nanti bapak minta pembantu dapatkan kad jemputan untuk kau.”

“Untuk Luna sekali ya,” celah Amanna dengan pantas.

Atok Penghulu mengiyakan permintaan anaknya.

Sementara itu, Luna mundarmandir di rumah sambil memikirkan kemeriahan parti hari lahir Bunga Raya.

Sedikit sebanyak, Luna menyalahkan bapanya.

Kalaulah bapa aku tak kedekut sangat pasti parti hari lahir aku tahun lepas tak memalukan, rungut Luna.

Betapa Luna mahu menjadi perhatian di parti hari lahirnya, tapi disebabkan bapanya sibuk dengan perebutan jawatan ketua kampung menentang Abah Den, Luna terpaksa meraikan hari lahir tanpa parti.

Kemudian Luna mendapat khabar Amanna menganjurkan parti hari lahir yang mewah di hotel lima bintang.

Sekarang Bunga Raya juga mahu menganjurkan parti hari lahir serba hebat di hotel besar.

Hati siapa tak terbakar?

Tidak lama selepas itu, Luna menerima panggilan telefon dari Amanna yang memaklumkan bahawa mereka berdua akan ikut serta ke dalam parti hari lahir Bunga Raya sebagai tetamu VVIP.

Atok Penghulu berjaya mendapatkan kad jemputan istimewa khas untuk anaknya dan juga anak Bang Nun selaku rakan sekutu.

Betapa gembiranya hati Luna kerana rancangan pertamanya tercapai.

Jika dia mengharapkan bapanya, pasti hajatnya untuk ikut serta dalam parti hari lahir Bunga Raya tidak akan kesampaian kerana bapanya lebih suka berdolak-dalih.

Lebih banyak bercakap daripada bertindak.

Maka sebab itulah Luna terpaksa menebalkan muka meminta pertolongan bapa Amanna.

Walaupun orang tua itu menjengkelkan, Atok Penghulu selalu menunaikan kata-katanya, tak kira hal itu baik atau tidak.

Maka, pada hari kejadian Luna menunggu Amanna datang mengambilnya di rumah.

Luna tidak mahu pergi sendirian, dia mahu ditemani.

Jika tidak ditemani, dia berasa tidak yakin.

Apabila Amanna datang menjemput dan mereka di dalam perjalanan menuju ke lokasi parti hari lahir Bunga Raya, Luna melihat dirinya sendiri.

Pakaiannya biru bergemerlapan, seperti puteri ais.

“Kau nampak keanakanakan.” Amanna berkata selamba.

Luna pantas menjeling.

“Ini pakaian terbaik aku.”

“Matanglah, Luna. Kau bukannya anak hingusan seperti Raya. Berhenti bersaing seperti ini.”

Luna memandang Amanna dari atas ke bawah.

Amanna lebih berusia daripada Luna dan Bunga Raya.

Maka, Amanna lebih berpengalaman dalam penampilan diri.

Luna pun mencebik.

Kemudian, Luna berkata pada dirinya sendiri.

Dia mahu merosakkan parti hari lahir Bunga Raya, biar anak Abah Den malu di hadapan para tetamu.

Namun, Luna mempersoalkan tindakan tersebut?

Adakah dia terlalu jahat?

“Berhenti bercakap dengan diri sendiri seperti orang tolol, Luna. Kau buat aku rasa meluat. Kenapa begitu susah kau jadi tetamu yang normal?” rungut Amanna seraya menoleh memandang Luna yang berdepan dengan konflik dalaman.

“Aku tak suka parti hari lahir Raya. Tapi aku nak tahu dia buat apa. Aku nak rosakkan parti hari lahir dia. Tapi aku takut Raya tahu niat aku. Apa kau tak rasa Raya tahu rancangan kita? Kau pun tahu kita sendiri yang terhegeh-hegeh mahu ke parti hari lahir dia,” balas Luna, resah.

Amanna pun segera berpaling ke arah Luna dan menunjal dahi anak Bang Nun dengan wajah yang serius.

“Berhenti mengoceh. Kau tetamu VVIP. Berfikir guna otak.”

Luna terdiam dan akhirnya membetulkan pakaiannya semula.

Amanna berpaling ke depan semula lalu menyandar dengan selesa.

Pemandu kereta perlahan-lahan memutar stereng kereta dan semakin menghampiri lokasi parti hari lahir Bunga Raya.

Pada masa yang sama, Bunga Raya berdiri di tengah-tengah ruang legar hotel sebelum masuk ke dalam dewan yang disewa khas oleh Abah Den untuk parti hari lahir anak kesayangan.

Hatinya berbunga-bunga, seperti namanya juga.

Cuma Bunga Raya terfikir kenapa Amanna anak Atok Penghulu dan Luna anak Bang Nun, saingan bapanya beria-ia mahu ke parti hari lahirnya?

Namun Abah Den tidak pula keberatan membiarkan anak pesaingnya datang ke parti hari lahir anaknya.

Kata Abah Den, anggap saja anak-anak itu menjalankan program penanda aras kualiti parti hari lahir.

Sejurus kemudian, tibalah tetamu VVIP parti hari lahir iaitu Luna yang mengenakan gaun biru berlabuci seperti puteri ais, manakala Amanna memakai gaun oren berpotongan ringkas dan klasik.

Sesuai dengan kematangan usianya.

Bunga Raya pun mempersilakan tetamunya masuk ke dalam dewan hotel dengan segaris senyuman manis penuh pura-pura.

Mustahil Bunga Raya tidak curiga.

“Mereka berdua tak begitu suka pada aku dan orang tuanya pun sama,” fikir Bunga Raya.

Maka Bunga Raya pun mengambil langkah berhatihati untuk menyimpan sedikit prasangka.

Sebenarnya Bunga Raya masih ingat nasihat Purnama anak Tuk Ahdar, tidak baik menanam curiga di dalam hati kerana nanti fikiran menjadi tidak jernih dan hati mudah hitam.

Tapi soalnya pada zaman kini, Bunga Raya tidak dapat terlalu lurus bendul mempercayai orang.

Kerana harga percaya sekarang selalu tidak tetap seperti nilai di bursa saham.

Sekejap mahal kerana tinggi permintaannya, sekejap murah kerana rendah permintaannya.

Begitulah.

Sebaik saja Luna dan Amanna melangkah masuk ke dalam dewan hotel, Luna tidak dapat menyembunyikan rasa tidak percayanya dengan apa yang dilihat di depan mata.

Tiada kek hari lahir lapan tingkat seperti Amanna tapi ada pelbagai jenis kuih-muih tradisional.

Lauk-pauk juga makanan tempatan.

Ramai yang mengenakan pakaian tradisi yang sederhana.

Hanya Luna dan Amanna saja yang tampil berbeza dengan gaun moden.

Maka sudah pasti mereka berdua mencuri tumpuan ramai, sedikit sebanyak Luna menyukainya kerana dia menjadi perhatian berbanding Bunga Raya.

Kemudian, parti hari lahir Bunga Raya diserikan dengan lagu-lagu rakyat yang terkenal seperti Kurik Kundi, Rasa Sayang, Wau Bulan dan banyak lagi.

Amanna segera berbisik ke cuping telinga Luna yang kagum bercampur cemburu dengan kemeriahan dan kemesraan parti hari lahir Bunga Raya.

“Luna, nampaknya parti hari lahir Raya pasti melekat di ingatan ramai tetamu yang hadir pada hari ini. Bagaimana kau nak bersaing dengan Raya?”

Luna mengepal penumbuk lalu mengetap bibir.

Kalau begini habislah aku siapa yang nak datang ke parti hari lahir aku nanti, fikir Luna dengan bimbang.

Parti hari lahir Bunga Raya ternyata sangat unik dan menyenangkan hati tetamu, Luna harus mencari tema yang lebih luar biasa agar tetamu yang hadir ke parti hari lahirnya nanti sentiasa ingat padanya.

Mungkin ada yang tak faham kenapa parti hari lahir begitu penting bagi aku, getus Luna lagi.

Bagi Luna, parti hari lahir ialah cara untuk anak-anak orang besar memberikan pengaruh yang baik kepada jiran tetangga, menunjukkan kebaikan kepada tetamu yang hadir melalui hidangan makanan dan layanan mesra, serta mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada tetamu.

Siapa tahu jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, tetamu itu akan datang sebagai penyelamat.

Melihat betapa seronoknya parti hari lahir Bunga Raya, Luna sudah tidak betah duduk diam lagi.

Meronta-ronta rasa hatinya mahu pulang ke rumah.

Cemburunya membuak-buak.

Hati Luna tak sabar-sabar menunggu hari lahirnya.

Tapi Luna perlu menunggu tiga bulan lagi.

Ah, Luna gelisah!

Amanna mengerling ke arah Luna seraya berbisik perlahan, “Kalau begini keadaannya, mungkin parti hari lahir aku juga akan dibanding-bandingkan selepas ini dengan parti hari lahir Raya. Ini tak boleh jadi.”

“Itulah! Tak boleh jadi! Apa fikiran kau? Macam mana mahu merosakkan parti hari lahir Raya? Kita sekarang sudah berada di dalam parti. Lebih senang memusnahkan jika sudah berada di dalam berbanding di luar,” balas Luna, sedikit teruja.

“Kenapa perlu rosakkan parti yang baik? Kita malukan saja tuan rumah.”

Seterusnya, Amanna mendekati Bunga Raya yang seronok bermain congkak dengan tetamu yang hadir ke parti hari lahirnya.

Tanpa teragak-agak Amanna pun mencadangkan permainan rebut kerusi berirama.

Katanya, untuk mengimbau zaman kanak-kanak yang polos.

Apabila Amanna memberi cadangan tersebut, Luna pun segera menyokong dan meminta sokongan tetamu lain dengan memberi hujah di hadapan mereka.

“Permainan rebut kerusi seronok sebab kita boleh ikut menyanyi lagu yang dimainkan. Sambil menyanyi, kita boleh usik-usik dapatkan kerusi dan cipta kenangan. Barulah parti hari lahir meriah!”

Selepas itu, tetamu pun ikut menyokong hujah Luna dan meminta Bunga Raya mengadakan permainan rebut kerusi berirama.

Dengan nada berseloroh, Amanna pun berkata lagi, “Jangan kau tak tahu, Raya. Permainan rebut kerusi ni macam sukan. Rebut kerusi berirama, dari sekolah sudah diterapkan.”

“Betul kata kau. Sampai sekarang pun masih diamalkan oleh orang tua kita. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita persembahkan bakat yang kita belajar dari orang tua kita,” balas Bunga Raya, cukup untuk mencubit perasaan Amanna sehingga lebam.

“Jadi apa pertaruhannya jika kau kalah dan kami menang?” soal Luna, tak sabar-sabar mahu memalukan Bunga Raya.

“Kalau begitu… kau boleh… simbah muka aku dengan sekendi air jus. Kalau kau berdua kalah, aku akan simbah kau berdua dengan sebaldi air ais.”

Perjanjian dimeterai.

Maka, Bunga Raya pun meminta lagu rakyat Lompat Si Katak Lompat dimainkan sepanjang mereka bermain permainan rebut kerusi berirama.

Semasa Bunga Raya, Luna dan Amanna mengelilingi kerusi bersama-sama beberapa tetamu yang lain, mereka bertiga saling menjeling dan sesekali mata mereka mengarah ke arah mana-mana kerusi kosong yang bersedia untuk diduduki.

Jika terleka, kerusi yang disasarkan akan direbut oleh orang lain.

“Aku tak boleh kalah sebab ini parti hari lahir aku,” bisik Bunga Raya pada diri sendiri.

“Aku tak boleh kalah sebab aku yang mencadangkan,” getus Amanna dalam hati.

“Aku pun tak mahu kalah sebab aku yang beria-ia minta sokongan tetamu lain,” fikir Luna yang mula terdesak.

Pada pusingan awal, Bunga Raya, Luna dan Amanna berjaya mendapatkan kerusi masing-masing.

Dua orang tetamu tersingkir.

Pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya, semakin ramai yang disingkirkan.

Namun anak Abah Den, anak Bang Nun dan anak Atok Penghulu masih mengekalkan keunggulan dalam permainan rebut kerusi berirama.

Mujur Purnama anak Tuk Ahdar tak hadir ke parti hari lahir Bunga Raya kerana ada urusan lain.

Jika tidak, Purnama mungkin mengatakan permainan rebut kerusi itu menyerupai pertaruhan dan ia haram di sisi agama.

Akhirnya tinggal Bunga Raya, Luna dan Amanna berdiri di hadapan dua buah kerusi.

Kerusi hotel yang cantik, tampak seperti singgahsana yang mulia untuk duduk berehat dan meraikan kemenangan bermain rebut kerusi berirama.

Tiba-tiba salah seorang tetamu menarik satu kerusi keluar dari gelanggang permainan.

Mereka bertiga serentak menoleh, terkejut.

“Rebut satu kerusi barulah cabaran! Biar cepat sikit permainan ini habis!”

“Seronoklah! Lepas ni kita buat parti lagi. Kita buat lompat parti berpagar, terjun parti platform berirama. Atau acara pecut 100 meter ke parti lain!” laung tetamu yang lain.

Lain macam sungguh terujanya.

Mahu tak mahu, mereka bertiga memandang kerusi nan satu dengan renungan mata bersinarsinar.

Pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya, semakin ramai yang disingkirkan.

Namun anak Abah Den, anak Bang Nun dan anak Atok Penghulu masih mengekalkan keunggulan dalam permainan rebut kerusi berirama.

Mujur Purnama anak Tuk Ahdar tak hadir ke parti hari lahir Bunga Raya kerana ada urusan lain.

Jika tidak, Purnama mungkin mengatakan permainan rebut kerusi itu menyerupai pertaruhan dan ia haram di sisi agama.

Akhirnya tinggal Bunga Raya, Luna dan Amanna berdiri di hadapan dua buah kerusi.

Kerusi hotel yang cantik, tampak seperti singgahsana yang mulia untuk duduk berehat dan meraikan kemenangan bermain rebut kerusi berirama.

Tiba-tiba salah seorang tetamu menarik satu kerusi keluar dari gelanggang permainan.

Mereka bertiga serentak menoleh, terkejut.

“Rebut satu kerusi barulah cabaran! Biar cepat sikit permainan ini habis!”

“Seronoklah! Lepas ni kita buat parti lagi. Kita buat lompat parti berpagar, terjun parti platform berirama. Atau acara pecut 100 meter ke parti lain!” laung tetamu yang lain.

Lain macam sungguh terujanya.

Mahu tak mahu, mereka bertiga memandang kerusi nan satu dengan renungan mata bersinarsinar.

Kemudian, lagu Lompat Si Katak Lompat dimainkan.

Bunga Raya, Luna dan Amanna berjalan mengelilingi kerusi.

“Inilah peluang untuk aku mengalahkan mereka berdua dan simbah mereka dengan sebaldi air ais,” bisik Bunga Raya penuh nekad.

Bagi Luna dan Amanna pula, mereka punya pemikiran yang sama.

Mahu memalukan Bunga Raya di parti hari lahirnya sendiri.

Sekendi air jus sudah menunggu untuk disimbahkan ke muka Bunga Raya.

Akan tetapi, apabila lagu dihentikan dan mereka bertiga menerpa ke arah kerusi, kepala mereka saling berlaga dan akhirnya mereka bertiga jatuh ke arah kerusi!

Kerusi yang direbutkan pun patah akibat ditindih oleh mereka bertiga.

Tak semena-mena, mereka bertiga dijirus sebaldi air ais dan diakhiri dengan simbahan sekendi air jus oleh tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi hukuman, diiringi dengan ketawa berdekah-dekah sehingga bergema seluruh dewan.

Tanpa mempedulikan rasa malu yang menyelubungi anak Abah Den, anak Bang Nun dan anak Atok Penghulu, para tetamu yang hadir pun berkata dengan gembira, “Maaf! Kalian bertiga sibuk berebut kerusi rosak, kami semua sibuk mencuri kerusi elok! Maka, kami yang menang pertaruhan!”

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU