ARTIKEL

Kredit: Bernama

Parti konservatif Korea Selatan hadapi krisis calon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Parti konservatif Korea Selatan, Parti Kuasa Rakyat (PPP), memulakan proses yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menggantikan calon presidennya susulan kegagalan rundingan bagi menyatukan pencalonan antara Kim Moon Soo dan bekas Perdana Menteri Kim Moon Soo.

Langkah itu diambil berikutan kebimbangan bahawa kegagalan menyatukan barisan konservatif boleh menjejaskan peluang parti itu dalam pilihan raya presiden pada 3 Jun, lapor agensi berita Yonhap.

Sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan, semua ahli PPP perlu mengundi hasil keputusan tersebut.

Calon akhir dijangka diumumkan pada mesyuarat jawatankuasa kebangsaan parti itu pada Ahad – tarikh akhir bagi pendaftaran calon presiden dengan suruhanjaya pilihan raya negara.

Pada Sabtu, parti itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan dan pengurusan pilihan raya untuk membincangkan keputusan utama, termasuk kemungkinan pembatalan pencalonan Kim, keanggotaan Han dalam parti, dan perkara berkaitan lain.

Lee Jae Myung, calon Parti Demokrat (DP), terus mendahului dalam beberapa tinjauan pendapat terkini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU