ARTIKEL

Megawati Sukarnoputri, Indonesia's former president and leader of the Indonesian Democratic Party of Struggle (PDI-P), speaks during the final day of the election campaign of presidential candidate Ganjar Pranowo and vice presidential candidate Mahfud MD in Surakarta, Central Java, on February 10, 2024. (Photo by DEVI RAHMAN / AFP)

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo Subianto bersedia untuk menggantikan Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Memetik Jakarta Post, sehari selepas Prabowo mendakwa kemenangan dalam pilihan raya presiden, Setiausaha Agung PDI-P, Hasto Kristiyanto membayangkan kesediaan parti itu untuk menjadi pembangkang selepas menjadi parti terbesar dalam gabungan pemerintah sejak 10 tahun lalu.

“Sepanjang tempoh PDI-P di luar kerajaan pada 2004 dan 2009, kami amat dihargai atas peranan kami dalam meningkatkan kualiti demokrasi,” kata Hasto sambil menegaskan sumbangan parti ketika berkhidmat di luar gabungan pemerintah adalah patriotik dalam mempertahankan kepentingan rakyat.

PDI-P meletakkan dirinya sebagai parti pembangkang di Dewan Perwakilan Rakyat dari 2004 hingga 2014 selepas pengerusi parti itu dan presiden kelima Indonesia, Megawati Soekarnoputri dikalahkan oleh pengerusi Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono yang juga bekas ketua menteri keselamatannya, pada 2004 dan 2009 pilihan raya presiden.

Baca lain  Jepun gesa rakyat guna aplikasi pengesan virus

Parti Megawati menduduki tempat kedua dan ketiga pada pilihan raya perundangan masing-masing pada 2004 dan 2009.

Walaupun parti itu mengelak daripada menggunakan istilah pembangkang, sebagaimana Hasto berhujah, istilah tersebut tidak diiktiraf oleh sistem politik negara.

Beliau menegaskan PDI-P terus menyokong dasar prorakyat dan berdiri menentang yang berbahaya, seperti import beras yang merugikan petani sekiranya ia memutuskan untuk tidak menyertai pakatan pemerintah.

Kebanyakan keputusan awal pilihan raya perundangan tahun ini daripada tinjauan pendapat menunjukkan PDI-P bersedia untuk mengekalkan kedudukannya sebagai parti terbesar dalam Dewan.

Keputusan kiraan pantas oleh Litbang Kompas, cabang penyelidikan harian Kompas, contohnya menunjukkan parti itu mendahului perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri dengan 16.36 peratus undi.

Parti itu bagaimanapun, diunjurkan kalah dalam pilihan raya presiden, kerana pasangan calon yang disokongnya, Ganjar PranowoMahfud MD, hanya mendapat 16.32 peratus undi, menurut keputusan kiraan pantas Litbang Kompas.

Penganalisis berkata, badan perundangan yang dipenuhi dengan ahli PDI-P mungkin menimbulkan cabaran kepada Prabowo, kerana beliau mungkin tidak dapat memerintah dengan berkesan tanpa memperoleh majoriti dalam Dewan.

Baca lain  Modi arah kerjasama dengan Perancis

“Prabowo memerlukan gabungan kuat untuk mengawal Dewan dalam membantunya melaksanakan dasar kerajaan,” kata Ujang Komarudin, penganalisis politik di Universiti Al-Azhar di Jakarta.

BERITA LAIN

Cuaca buruk UAE, penerbangan lewat, dibatalkan

ABU DHABI: Berikutan keadaan cuaca buruk termasuk hujan lebat di Abu Dhabi pada Rabu, beberapa penerbangan Etihad Airways mungkin menghadapi kelewatan, lapor Agensi Berita Emirates

BERITA TERBARU