ARTIKEL

Pasang alat telekomunikasi di menara air aras tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan akan memasang alat telekomunikasi di menara air aras tinggi sebagai antara alternatif bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak, selain menara Sarawak Multimedia Authority Radio Telecommunication (SMART).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada 600 menara yang perlu dibina di seluruh negeri ini.

“Tambahan 42 menara air aras tinggi, kita akan lihat dari segi teknikalnya sama ada boleh dipasang alat telekomunikasi atau di lokasi-lokasi yang mungkin hanya disediakan satu perkhidmatan telekomunikasi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke menara telekomunikasi di Pantai Trombol, di sini pagi tadi.

Fahmi berkata sekiranya kaedah itu berjaya diguna pakai di Sarawak, ia akan diguna pakai di negeri-negeri lain yang turut mempunyai masalah telekomunikasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU