ARTIKEL

Pihak polis dan bomba mengeluarkan kedua-kedua mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Pusat Komersial Pelita di sini hari ini

Pasangan lelaki dan wanita ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki dan wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di Pusat Komersial Pelita di sini pagi tadi.

Kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 9 pagi dan ia telah mengejutkan orang ramai yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Ekoran itu, orang awam bertindak membuat panggilan segera untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Difahamkan, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Miri.

Manakala, lelaki itu ketika ditemukan masih bernafas lalu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu ketika dihubungi berkata, beliau belum menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Saya semak dahulu, dan saya akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selepas menerima laporan mengenainya,” katanya.

Terdahulu, sepasukan bomba turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan