KANG Tae Oh dan Kim Se Jeong akhirnya menjadi pasangan rasmi dalam drama fantasi romantik MBC, Moon River.
Drama ini mengisahkan seorang putera mahkota yang kehilangan senyuman dan seorang wanita yang hilang ingatan.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila kedua-dua watak utama terbangun dalam tubuh satu sama lain dan terpaksa menjalani kehidupan yang bukan milik mereka sambil menyimpan rahsia tersebut.
Watak Park Dal I lakonan Kim Se Jeong, ketika berada dalam tubuh Lee Gang, mengumumkan bahawa dirinya akan menjadikan Park Dal I gundik diraja.
Tindakan itu dibuat untuk menyelamatkan Lee Gang yang terperangkap dalam tubuhnya sendiri.
Tidak lama kemudian, roh kedua-dua mereka kembali ke tubuh masing-masing, dan Lee Gang nekad melindungi Dal I serta memastikan dia sentiasa di sisi.
Episod seterusnya bakal memperlihatkan permulaan kehidupan mereka sebagai pasangan rasmi sebaik sahaja kembali ke tubuh sebenar.
Beberapa foto terbaharu menunjukkan Park Dal I dalam persalinan gundik diraja, menampilkan sisi berbeza berbanding semasa dia bekerja sebagai pedagang jalanan.
Sebuah foto turut merakam detik romantik antara Dal I dan Lee Gang sewaktu mereka saling berpandangan di laman istana, menandakan hubungan baharu yang bakal berkembang.



