ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika ditemui media.

Pasangan warga emas tular di media sosial mungkin dipindahkan ke RSK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sepasang suami isteri warga emas yang tinggal di rumah usang berhampiran kebun getah di berdekatan Jalan Kanowit–Julau–Durin (KJD) berkemungkinan akan dipindahkan ke Rumah Seri Kenangan (RSK) jika berkeperluan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pegawai kebajikan telah dihantar untuk menjalankan siasatan di lapangan bagi menilai sama ada pasangan itu perlu ditempatkan di rumah terbabit.

Katanya warga emas juga berhak mendapat keselamatan dan perlindungan, oleh itu laporan lengkap serta pematuhan kepada syarat yang ditetapkan akan menentukan tindakan sewajarnya yang perlu diambil.

“Jika memenuhi syarat untuk ditempatkan di RSK, ia lebih selamat untuk mereka mendapat jagaan bukan sahaja dari segi fizikal, kesihatan dan juga kerohanian.

“Ditambah lagi dengan adanya rakan-rakan lain, mereka tidak akan berasa sunyi. Di situ juga ada rutin dari segi makan minum, menjalani proses fisioterapi dan aktiviti sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas video tular di media sosial yang memaparkan pasangan warga emas terbabit.

Video berkenaan dimuat naik di laman Facebook MiriFM dengan kapsyen “Hanya Tinggal Berdua, Tanpa Bekalan Elektrik Dan Air”.

Pada masa sama, Fatimah berkata kementeriannya juga mempunyai inisiatif penjagaan di rumah yang melibatkan sukarelawan bagi membantu warga emas yang tinggal bersendirian atau di kawasan terpencil.

Menurutnya, melalui inisiatif itu sukarelawan akan melawat secara berkala bagi membantu membersihkan rumah, membeli barangan keperluan harian serta menemani warga emas supaya mereka tidak berasa terasing.

Terdahulu, Fatimah menyempurnakan Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2026 di Dewan Panggah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian.

Daripada keseluruhan 330 penerima bantuan di Bahagian Serian, seramai 80 orang menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper secara simbolik pada majlis tersebut, manakala selebihnya akan menerima sumbangan yang dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan.

l

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka