ARTIKEL

Senator Rita meninjau produk yang dijual pada Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025 di perkarangan Dewan Suarah Bintulu.

Pasar Gawai Dayak medan perkasa ekonomi komuniti – Senator Rita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran Pasar Gawai Dayak bukan sekadar ruang niaga, tetapi platform strategik memperkukuh daya saing ekonomi komuniti Dayak, tegas Senator Rita Sarimah Patrick Insol.

Menurutnya, usaha kolektif menganjurkan pasar ini membuktikan kesediaan komuniti Dayak meneroka peluang ekonomi, khususnya dalam bidang keusahawanan mikro dan kecil.

“Potensi komuniti Dayak amat besar, terutamanya dalam penghasilan produk tradisional. Kita lihat sendiri kualiti baju etnik, aksesori manik dan tenunan tempatan yang mampu bersaing di pasaran,” katanya ketika merasmikan Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025 di Dewan Suarah Bintulu, Sabtu lalu.

Rita menambah, kekuatan ekonomi Dayak bukan hanya bergantung kepada pembeli, tetapi kepada kemampuan menghasilkan produk bernilai estetika dan komersial.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU