KUCHING: Kekecohan berlaku di pasar raya Mydin Petra Jaya apabila premis tingkat satu dilaporkan terbakar hari ini.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 11.39 pagi dan jentera bomba tiba di lokasi pada 11.56 pagi.
“Operasi pemadaman masih dijalankan dengan penyertaan 17 anggota dari BBP Petra Jaya dan BBP Padungan diketuai oleh PBK I Mohd Nizam Bujang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Jurucakap itu, tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.
JBPM turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah keselamatan kebakaran dan memastikan laluan kecemasan tidak dihalang.
Setakat laporan ditulis, usaha pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan.





