ARTIKEL

Pasaran buruh kekal kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Permintaan buruh Malaysia meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun, merekodkan 9.23 juta pekerjaan pada Suku Tahun Pertama 2026 (ST1 2026), menurut Statistik Guna Tenaga ST1 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam. 

Ini berbanding 9.05 juta pekerjaan yang direkodkan pada ST1 2025.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata di tengah-tengah krisis bekalan global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat, sektor ekonomi Malaysia kekal kukuh dalam tempoh tiga bulan pertama 2026.

“Pertumbuhan itu disokong oleh langkah awal daripada kerajaan untuk menimbangi ketidaktentuan global yang meningkat, seperti rasionalisasi subsidi bahan api.

“Daripada keseluruhan jawatan, 97.9 peratus telah diisi, manakala baki 2.1 peratus masih kosong. Di samping itu, sebanyak 32,700 jawatan baharu telah diwujudkan pada suku tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata jawatan diisi turut mencatatkan momentum peningkatan pada ST1 2026 dengan 1.8 peratus tahun ke tahun, merekodkan 9.03 juta jawatan, meningkat daripada 8.87 juta pada ST1 2025.

Peningkatan itu disokong oleh pertumbuhan positif tahun ke tahun oleh hampir keseluruhan sektor ekonomi, dengan sektor Perkhidmatan mendahului pada kadar 2.7 peratus, yang tertinggi antara semua sektor. 

Pada masa yang sama, sektor perkhidmatan terus mendominasi jawatan diisi, menyumbang 53.3 peratus atau 4.82 juta jawatan diisi, diikuti sektor pembuatan (26.7 peratus; 2.41 juta) dan pembinaan (13.9 peratus;1.25 juta). 

Mengenai pewujudan jawatan, Mohd Uzir berkata penurunan tahun ke tahun yang sederhana, iaitu sebanyak 1.5 peratus telah dicatatkan, dengan sejumlah 32,700 pekerjaan diwujudkan.  

Statistik yang diterbitkan dalam laporan itu adalah berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas syarikat perniagaan sektor swasta yang berdaftar. 

Laporan ini membentangkan statistik permintaan buruh merangkumi indikator bilangan jawatan, jawatan diisi, kekosongan jawatan dan pewujudan jawatan mengikut kategori kemahiran dan aktiviti ekonomi. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek Ngaga SMK Balingian meseti dirumban

KUCHING: Projek ngaga Sekula Sekondari (SMK) Balingian ti dikategori projek tejanggal enda tau enda diberi perati sereta dirumban dikena nentuka perengkaguna pelajar ulih tembu menyana.