ARTIKEL

Paparan dengan lengkung Dax menunjukkan kejatuhan harga. Presiden AS Trump memperkenalkan pakej tarif yang besar terhadap rakan dagang di seluruh dunia. Foto: Arne Dedert/dpa

Pasaran saham Asia merudum susulan tindakan tarif Trump

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Pasaran saham Asia merudum selepas dibuka pada Isnin, berikutan impak tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 02:11 GMT, indeks Nikkei 225 turun 6.04 peratus kepada 31,740, pulih daripada kejatuhan awal kepada paras terendah 18 bulan iaitu 30,629.50.

Disebabkan turun naik harga yang mendadak, Bursa Saham Osaka mengenakan sekatan sementara ke atas dagangan niaga hadapan sekuriti kerajaan.

Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 9.38 peratus kepada 20,740, manakala Indeks Komposit SSE Shanghai jatuh 6.04 peratus kepada 3,140.11.

Penganalisis mengaitkan kejatuhan indeks tersebut dengan pengenalan tarif oleh AS serta tarif balasan oleh China. Trump juga menandatangani perintah untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kereta penumpang, trak ringan dan alat ganti kereta mulai 3 April, dengan menyatakan langkah itu perlu untuk melindungi “keselamatan negara.” – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.