ARTIKEL

Abang Johari bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat MKT PBB di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Pastikan data rakyat Sarawak dihantar kepada PADU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mencari kaedah lain bagi mendapatkan data penduduk khususnya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai liputan internet untuk dihantar kepada Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pada masa sama, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata akan menubuhkan jawatankuasa untuk melihat lebih terperinci lagi proses PADU, yang akan diterajui oleh Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Undang-Undang MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Kita akan mempunyai seminar bagi memperkenalkan proses PADU kepada rakyat dan perlu meningkatkan ketersambungan bagi membolehkan data-data kita dihantar kepada PADU.

“Kita akan mendapatkan butiran daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Ekonomi juga dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Hanifah.

“Kalau kawasan tidak ada liputan internet, kita perlu mencari kaedah lain untuk mendapatkan data,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier merangkap Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Naib Presiden Kanan PBB yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung PBB yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sistem PADU adalah pangkalan data sosioekonomi yang menggabungkan maklumat pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bertujuan mengelakkan keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.

Ia dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu