ARTIKEL

YIING (dua kanan) dan kakitangan MPS sedang memeriksa premis terlibat.

Pastikan kebersihan di semua premis makanan terjaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) meneruskan usaha mempertingkatkan kebersihan premis makanan dengan menjalankan pemeriksaan ke atas lima kedai kopi yang telah diberi penarafan gred C.

Langkah ini diambil untuk memastikan semua kedai kopi mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan, demi keselesaan dan keselamatan pelanggan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Yiing Sy Huat berkata, pemeriksaan ini turut melibatkan satu kedai kopi yang diperiksa secara mengejut selepas menerima aduan orang ramai.

Selain pemeriksaan kebersihan, beberapa peralatan seperti penyedut minuman plastik, pinggan mangkuk, dan cawan lama turut dirampas kerana tidak memenuhi piawaian kebersihan.

iing berkata, kelima-lima kedai kopi yang dinilai gred C diarahkan untuk melakukan penambahbaikan segera khususnya berkaitan aspek kebersihan ke atas premis mereka.

Jika gagal mematuhi arahan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan lebih tegas akan diambil.

“Pemeriksaan ini sebahagian daripada penilaian berkala yang dijalankan setiap enam bulan bagi lima kedai kopi berkenaan (mendapat gred C) untuk menilai tahap kebersihan premis.

“Kriteria penarafan merangkumi pelbagai aspek, termasuk kebersihan tandas, dapur, penyediaan makanan, serta keadaan peralatan dan pakaian pekerja,” ujar Yiing kepada media selepas mengetuai pemeriksaan tersebut, semalam.

Pihak MPS menegaskan, walaupun kedai kopi dengan gred C dibenarkan beroperasi, mereka sentiasa diberi peluang untuk meningkatkan gred mereka melalui penambahbaikan.

Yiing juga menyatakan, matlamat pihaknya adalah untuk memastikan setiap kedai kopi mencapai sekurang-kurangnya gred B, dan jika boleh, gred A.

“Semua pengusaha kedai kopi perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan agar gred premis mereka dapat dinaikkan,” tambahnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha