ARTIKEL

Pastikan Meradong kekal zon hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Penduduk Meradong perlu terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan kawasan itu kekal sebagai zon hijau dan bebas daripada jangkitan wabak Covid 19.

Adun Meradong Datuk Ding Koung Hiing berkata, setakat ini, penduduk memberikan kerjasama baik sepanjang perintah itu dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Malah katanya, sebahagian penduduk akur dengan arahan untuk duduk di rumah selain mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika membeli-belah mahupun berurusan di bank.

“Kami bersyukur kerana setakat ini, Meradong masih dikategorikan sebagai zon hijau.

Semoga keadaan ini kekal sampai bila-bila.

“Sehubungan itu, saya berharap senario yang baik ini dikekalkan.

Apa yang penting kita harus bersama-sama kerajaan membendung wabak ini,” katanya.

Mengenai agihan bantuan makanan PKP, Koung Hiing berkata, sumbangan itu diserahkan kepada penduduk Meradong secara berperingkat-peringkat.

Setakat ini katanya, kerja-kerja pengagihan bantuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Kerajaan Sarawak bukan hanya menyalurkan bantuan ini (makanan asas), tetapi juga menyediakan pelbagai bantuan lain kepada rakyat.

“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang menerimanya,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu