ARTIKEL

Pastikan pemohon berhak dapat bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sehingga 31 Mei lalu, permohonan tiga program utama Tabung Baitulmal Sarawak (Baitulmal) telah memberi manfaat kepada 17,070 pemohon dengan jumlah bantuan sebanyak RM16.3 juta orang.

Pengurus Besar Baitulmal Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Naile berkata, tiga program itu ialah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

Menurutnya, ketiga-tiga program itu dilaksanakan sepanjang tahun, dan terbuka kepada mereka yang memenuhi syarat sejajar dengan garis panduan agihan yang diluluskan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

“Ini bagi memastikan pemohon berhak mendapat bantuan mereka.

“Kami ambil berat dan serius menyantuni serta membantu asnaf yang layak memerlukan bantuan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Agihan Bantuan kepada asnaf dan penerima bantuan Baitulmal di sini, kelmarin.

Bantuan zakat berjumlah RM30,360 diberikan kepada 21 penerima di Sibu.

Permohonan tiga program bantuan utama Baitulmal boleh dibuat secara dalam talian di Portal ‘Baitulmal Kamek’ menerusi laman web https:// pelanggan.lbs.org.my/ atau menghubungi talian rasmi 082- 682861/68286

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha