Trending

Pastikan penerbangan mencukupi, adil

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak tidak akan dikendalikan semata-mata untuk meraih keuntungan.

ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, syarikat penerbangan tersebut menyediakan perhubungan yang mencukupi dan adil bagi menunaikan tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya.

“Keuntungan atau faedah tidak boleh dikira berdasarkan pendapatan syarikat tetapi bagaimana kesan yang dibawanya itu memberi impak kepada ekonomi tempatan.

“Jika perlu, subsidi mesti diperuntukkan untuk inisiatif ini seperti subsidi oleh Kerajaan Persekutuan bagi menampung kos tol di Semenanjung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangan Pertama di DUN semalam.

Tambahnya lagi, inisiatif tersebut juga akan memberi manfaat kepada rakyat dengan pertambahan pendapatan.

“Antaranya deposit RM10,000 untuk membeli rumah, program pinjaman membina rumah dengan kadar faedah satu peratus, biasiswa pelajar, peruntukan masjid, gereja dan tokong serta projek infra kecil di kampung dan taman perumahan,” katanya.

Sementara itu, Fazzrudin menyangkal isu yang sentiasa mengaitkan Sarawak mempunyai paling ramai rakyat miskin meskipun negeri yang kaya.

Justeru itu katanya, perlu ada pihak ketiga yang profesional untuk mengkaji definisi kemiskinan dan data kemiskinan di Sarawak.

“Ini sangat penting kerana hanya dengan data yang tepat kita dapat merangka dan melaksanakan strategi untuk mempertingkat taraf hidup rakyat kita,” tegasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru