Pastikan sistem penggera keselamatan premis berfungsi baik

SIMUNJAN: Peniaga diingatkan untuk memastikan sistem penggera keselamatan premis berfungsi baik semasa ditinggalkan menjelang Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Merbin Lisa berkata langkah berkenaan perlu dititikberatkan selain memaklumkan tempoh premis ditutup kepada Balai Polis Simunjan.

“Pastikan premis yang ditutup dikunci dengan baik atau dipasang sistem penggera dan Kamera Litar Bertutup (CCTV) sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pihak kita juga akan meningkatkan kawalan rondaan di setiap kawasan premis yang ditinggalkan sempena perayaan,” jelasnya.

Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri program ‘Walkbout Meet and Greet’ ,di sini, tengah hari semalam.

Susulan program tersebut, Merbin turut memberikan tip-tip menjaga keselematan serta menyeru orang awam agar terus memberikan kerjasama dalam membasmi jenayah di daerah Simunjan.

Dalam pada itu, program disertai enam anggota PDRM dan pengunjung terutamanya peniaga-peniaga di kawasan daerah tersebut.

Suara Sarawak