ARTIKEL

Pastikan tiada penduduk terabai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Parti SUPP Cawangan Dudong bersedia untuk membantu semua penduduk di kawasan berkenaan meskipun yang terletak jauh di kawasan pedalaman.

Pengerusinya, Wong Ching Yong berkata demikian semasa mengadakan kunjungan ke Rumah Anggau Minggat di Sungai Pasai Siong Tengah di sini, semalam.

Menurutnya, tiada kawasan yang akan terlepas pandang daripada disalurkan bantuan sewajarnya dan rumah panjang tersebut tidak terkecuali. “Rumah Anggau merupakan salah satu rumah panjang terpencil di kawasan Dun Dudong. Kami mengambil masa sekitar setengah jam untuk sampai ke sini selepas melalui perjalanan yang mencabar.

“Bekalan asas seperti elektrik dan air tiada di rumah panjang ini dan saya akan berusaha membantu mendapatkan kemudahan asas ini serta bantuan-bantuan lain,” katanya.

Ching Yong menjelaskan, surat permohonan dikemukakan kepada Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom untuk memohon bantuan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) pada bulan lepas.

“Saya difahamkan Sarawak Energy Berhad Sibu telah melakukan tinjauan di lokasi rumah panjang ini beberapa hari yang lalu dan mereka amat berharap RES ini dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Beliau berkata, ketua kampung turut memohon bantuan mengenai pinjaman membina baharu rumah panjang. “Kami sudah melawat tapak tanah yang dicadangkan oleh penduduk Rumah Anggau untuk membina rumah panjang baharu.

“Saya akan berusaha membantu mereka untuk mendapatkan bantuan pinjaman tersebut daripada menteri berkenaan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha