ARTIKEL

Pasukan pengaman Malaysia di Congo selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasukan pengaman Malaysia dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) disahkan selamat dan tidak terjejas dalam pergolakan terbaharu di bahagian timur negara itu.

Terdapat kira-kira enam anggota tentera helmet biru Malaysia berpangkalan di beberapa lokasi di negara itu pada masa ini.

“Kesemua anggota kita di sana selamat dan tidak terjejas dengan pergolakan terkini. Paling dekat (mereka) berpangkalan kira-kira 200 km dari Beni.

“Kami sedang memantau keadaan keselamatan di sana dengan teliti,” kata sumber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Bernama.

Kira-kira 100 orang awam di kawasan Beni dilaporkan terbunuh berikutan pergolakan antara kumpulan pemberontak Angkatan Demokrat Bersekutu (ADF) dan tentera negara itu sejak akhir Oktober lepas.

Angka kematian yang semakin meningkat menyebabkan orang awam marah dan melakukan protes di jalanan, menuduh pihak berkuasa dan MONUSCO gagal menjaga keamanan di rantau itu.

Malaysia adalah antara 49 negara menyertai MONUSCO, satu daripada operasi pengaman terbesar di bawah PBB.

MONUSCO terdiri daripada kira-kira 16,500 anggota tentera dan pemerhati, 1,300 anggota polis dan sekurang-kurangnya 4,000 pemerhati awam.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha