ARTIKEL

Petugas penyelamat menjalankan operasi di tapak runtuhan bangunan susulan gempa bumi kuat di Bangkok, Thailand pada 1 April 2025. -- REUTERS/Chalinee Thirasupa

Pasukan Penyelamat Thailand Bertungkus Lumus Kesan Mangsa Runtuhan Bangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand bertungkus lumus mengesan individu yang masih hilang di tapak pembinaan bangunan Pejabat Audit Negara (SAO) yang runtuh selepas gegaran kuat akibat gempa bumi Myanmar menggegarkan ibu negara Thailand pada Jumaat lepas.  

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengesahkan setakat ini seramai 79 individu masih belum ditemukan.

Bencana itu telah meragut 22 nyawa dan mencederakan 34 yang lain.

“Sehingga 4 April pukul 8 pagi, operasi mencari dan menyelamat di tapak runtuhan bangunan SAO telah menemukan 15 mayat – lapan lelaki dan tujuh wanita – manakala tujuh pekerja berjaya diselamatkan,” menurut BMA dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pihak berkuasa Thailand secara rasmi telah menarik balik pengisytiharan bencana gempa bumi lewat malam Khamis, kecuali di tapak pembinaan yang terjejas di mana operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan kawasan sekitar di Daerah Chatuchak.

Menurut BMA, pegawai daripada pelbagai agensi, termasuk pasukan penyelamat, jurutera struktur dan kakitangan perubatan, terus bertugas di lokasi dengan menggunakan peralatan dan teknologi canggih bagi meminimumkan risiko kepada mereka yang terlibat dalam operasi itu.

Gempa bumi yang berlaku pada Jumaat lepas memberi impak besar kepada orang awam, mengancam nyawa, membahayakan keselamatan serta menyebabkan kerosakan kepada harta benda persendirian dan kerajaan.

Insiden itu telah diklasifikasikan sebagai bencana di bawah Akta Pencegahan dan Mitigasi Bencana B.E. 2550 (2007) pada Jumaat lepas.

Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 yang melanda Wilayah Sagaing di Myanmar sekitar 1 tengah hari waktu tempatan pada Jumaat mengakibatkan gegaran di beberapa kawasan di Thailand. – BERNAMA – Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli