ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Fatimah merakam gambar kenangan bersama-sama Ahli Majlis Pembangunan Sosial (MPS) selepas mesyuarat di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Pasukan Petugas Khas tangani isu penduduk tanpa dokumen di enam zon Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program pengoperasian Pasukan Petugas Khas (PPK) untuk menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan sah akan diteruskan di enam zon di Sarawak tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan takwim perancangan operasi PPK ia akan melibatkan zon Kuching, Sri Aman, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

“Sejak dilaksanakan bermula Oktober lalu sehingga kini, PPK telah menerima lebih 5,000 permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan daripada individu di Sarawak.

“Bagaimanapun, kita masih belum mengetahui 
keputusan permohonan berkenaan sama ada diluluskan atau tidak setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Bil. 1/2024 di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.
 
Untuk rekod, bagi zon Kuching ia dilaksanakan di Lundu dari 5 hingga 9 Febuari lalu, sekali gus menerima sebanyak 515 permohonan kewarganegaraan dan di Bau adalah pada 14 hingga 16 Febuari ini.

Manakala, di Kuching pula akan berlangsung dari 19 Febuari hingga 1 Mac; Siburan (4 hingga 5 Mac); Serian (4 hingga 15 Mac); Tebedu (18 hingga 22 Mac); Samarahan (10 hingga 11 Jun); Asajaya (12 hingga 14 Jun); Gedong (24 hingga 25 Jun); Simunjan (26 hingga 28 Jun) dan akan berakhir di Sebuyau pada 1 hingga 2 Julai depan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah