ARTIKEL

JUARA VETERAN...Pasukan N.21 Tebedu.

Pasukan pilihan kuasai Piala Prima Bidayuh 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kejohanan Bola Sepak Piala Prima Bidayuh 2025 melabuhkan tirainya hujung minggu lalu dengan menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.

Bagi kategori veteran, kejuaraan menjadi milik pasukan N.21 Tebedu, manakala Bukit Semuja (TBS23) muncul naib juara.

Dalam kategori wanita pula, pasukan N.22 Kedup dinobatkan sebagai juara, sementara N.20 Tarat sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Sementara itu, kategori belia menyaksikan N.20 Tarat muncul juara dengan N.18 Serembu sebagai naib juara.

Kejohanan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.19 Mambong itu bermula pada November 2025 dan berakhir pada 4 Januari lalu.

Pasukan yang terlibat mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada komuniti Bidayuh meliputi DUN Serembu, Opar, Tasik Biru, Mambong, Tarat, Tebedu dan Bukit Semuja.

JUARA WANITA…Pasukan N.22 Kedup.

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan