ARTIKEL

Amir bersama pasukan regu lelaki Sarawak yang beraksi pada SUKMA XXI bagi acara sepak takraw.

Pasukan takraw Sarawak membanggakan – Amir Abu Bakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jurulatih sepak takraw Sarawak, Amir Abu Bakar, menyifatkan kejayaan pasukannya melangkah ke pusingan separuh akhir acara regu lelaki pada SUKMA XXI sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan ini menjelaskan, sepanjang tiga perlawanan, pasukannya belum tewas kepada mana-mana regu, sekali gus menjadi sandaran untuk pasukan Sarawak terus maju menghadapi setiap perlawanan,” katanya ketika ditemui wartawan.

AMIR ABU BAKAR….pencapaian regu lelaki Sarawak pada SUKMA XXI amat membanggakan.

Beliau mendedahkan, sasaran awal mereka adalah untuk meraih pingat gangsa atau sekurang-kurangnya kedudukan empat teratas.

Menyentuh pemilihan Sarawak untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia yang akan diadakan di Qingdao, China pada 17 hingga 24 September ini, Amir menganggapnya sebagai pendedahan baharu bagi pemain mereka yang belum pernah menyertai kejohanan seumpama itu.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya akan mencari gelanggang pantai untuk latihan, memandangkan permainan di gelanggang pantai adalah berbeza daripada gelanggang biasa.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha