ARTIKEL

Patriot: Fokus selesaikan masalah politik di Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini meminta ahli politik Sabah agar menghentikan amalan lompat parti dan memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang melanda negeri itu.

Presiden Patriot Datuk Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan berkata ahlI politik Sabah seharusnya berusaha untuk menaikkan taraf sosioekonomi rakyat Sabah.

Menurut beliau, walaupun Sabah kaya dengan khazanah alam semula jadi dan biodiversiti, namun negeri berkenaan masih antara kawasan yang mundur di Malaysia.

“Selama berdekad lamanya Sabah juga menghadapi masalah isu migran. Isu yang nampaknya tiada berkesudahan ini turut menyebabkan masalah sosioekonomi dan keselamatan yang serius di Sabah,” katanya.

Pada hari Khamis, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sekali gus memberi laluan kepada raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sehari sebelumnya (29 Julai), bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.– BERNAMA

BERITA LAIN

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu