ARTIKEL

Patuh garis panduan bukti kita patriotik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat di sekitar bandar raya ini khasnya di kawasan MBKS harus tabah mengharungi kebiasaan baharu, seterusnya memelihara perpaduan dan memupuk semangat patriotisme ketika penularan pandemik Covid-19.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti menunjukkan rasa cinta akan negara terutamanya ketika menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan cara yang berbeza berbanding tahun sebelumnya akibat penularan pandemik Covid-19.

“Justeru, ia tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk terus mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan terutama dalam mengamalkan kebersihan diri yang tinggi, penjarakan fizikal, memakai pelitup muka di tempat awam dan mengelakkan berkumpul di tempat sesak,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@ Komuniti di Auditorium MBKS di sini, semalam.

Mengulas mengenai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Hong Seng berkata, Malaysia Prihatin mempunyai makna besar.

“Penting untuk masyarakat memelihara perpaduan dan keharmonian dalam memerangi virus ini.

“Formula kejayaan kita bergantung kepada kerjasama rakyat Malaysia dan kerajaan yang prihatin.

“Kerajaan, pihak penguat kuasa, institusi kesihatan dan ekonomi telah bekerja keras dalam memerangi pandemik ini.

Selain itu, pelbagai inisiatif diumumkan oleh kerajaan yang memberikan manfaat kepada rakyat. “Ketika tiada negara terkecuali daripada impak negatif ini, kerajaan kita menjadi tonggak utama dalam membantu meringankan beban rakyat,” ujarnya.

Hong Seng turut menyeru masyarakat agar menggunakan aplikasi digital seperti MySejahtera, QCommunity dan CovidTrace ketika mendaftar masuk ke premis selain menjadi aplikasi yang berkesan dalam mengesan individu yang berpotensi menyebarkan Covid-19.

“Marilah kita bersama-sama memelihara perpaduan dan memupuk semangat patriotisme. Kibarkan bendera kita dengan penuh rasa semangat!” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha