ARTIKEL

Paza dilantik Timbalan Setiausaha Agung FAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) melantik bekas Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak, Paza Dan sebagai Timbalan Setiausaha Agung merangkap Bendahari FAS yang baharu.
Perkara tersebut diumumkan Presiden FAS, Datuk Posa Majais semalam.
“Kami telah bermesyuarat semalam dan turut mengumumkan pelantikan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Bendahari FAS yang baharu,” ujar Datuk Posa.
Beliau memberitahu, pihaknya memilih Paza Dan menggalas jawatan tersebut mengambil kira kriteria yang ada padanya.
“Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran.
“Kami yakin dengan kemampuannya dalam menjadi pengerak pentadbiran FAS selepas ini,” tambah Datuk Posa.
Sementara itu, semalam turut berlangsung mesyuarat melibatkan barisan exco FAS dan membincangkan beberapa perkara.

PAZA DAN

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU