ARTIKEL

PBAKL 2023: Sarawak tampil seni, budaya, terbitan dan kraf tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan menampilkan seni kreatif, seni persembahan, penerbitan dan kraftangan tempatan pada Pavillion Negeri Tamu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40.

Selain Sarawak, PBAKL yang akan berlangsung pada 26 Mei hingga 4 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur turut menjemput China sebagai Negara Tamu dan Kementerian Pendidikan sebagai Kementerian Tamu. 

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sherrina Hussaini berkata, antara budaya persembahan serta seni persembahan yang bakal diketengahkan seperti bermukun/ nopeng, ngajat, sape dan songket pelbagai lagi pada Pavillion tersebut.

Malah katanya, Sarawak juga tidak akan ketinggalan mengadakan jualan khas membabitkan penjualan buku-buku terbitan khas Pustaka dan penerbit-penerbit tempatan, kraftangan dan kek lapis serta pondok foto pakaian tradisi Sarawak.

“Objektif Pavillion Negeri Tamu ini bertujuan mempromosikan industri pelancongan dan pelaburan ke negeri Sarawak.

“Selain, menampilkan dan memartabatkan budaya dan seni tempatan serta memartabatkan industri pembukuan dan penerbitan di Malaysia serta Sarawak khususnya,” katanya pada sidang media di Pustaka Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Sherrina berkata, lapan agensi Sarawak turut mengadakan pameran pada pesta buku tersebut iaitu Pepustakaan Negeri Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Acara Perniagaan Sarawak (BES), Kolej Universiti I-Cats, Centex Commercial dan Majlis Seni Sarawak.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak