ARTIKEL

Freepik : Flag of China

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin.

Ini dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Khamis ketika membuat ulasan tentang Palestin meminta secara rasmi UNSC agar mempertimbangkan semula permohonannya yang dikeluarkan pada  2011 untuk menganggotai PBB.

Sebelum ini iaitu pada 8 April lalu, UNSC pernah mengadakan satu mesyuarat dan menyerah permohonan Palestin tersebut kepada Jawatankuasa Penerimaan Anggota Baharu untuk dibahaskan.

Bagaimanapun,  Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa pihaknya kekal menentang keanggotaan Palestin di PBB sebelum menyaksikan perjanjian yang lebih menyeluruh dicapai dengan Israel.

Sehubungan itu, Mao Ning menyatakan bahawa konflik Palestin-Israel pusingan ini masih berlarutan, yang mengakibatkan krisis kemanusiaan yang serius dan ini sekali lagi memberikan amaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hanya dengan melaksanakan “pelan dua negara”, membantu Palestin menubuhkan negaranya dan mengakhiri layanan yang tidak adil yang dialami rakyat Palestin selama bertahun-tahun, barulah dapat menoktahkan secara tuntas konflik yang bersifat ‘lingkaran ganas’ antara Palestin dan Israel.

-BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA