ARTIKEL

PBB terus berjuang tingkatkan kesejahteraan rakyat untuk kekal relevan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Mesyuarat Perwakilan PBB N.67 Jepak, Pembangunan Bintulu, kestabilan politik Sarawak
Ketua Cawangan PBB N67 Jepak merangkap ADUN Jepak, Iskandar Turkee (empat kiri). menyampaikan cenderahati kepada Awang Tengah.

PBB digesa terus berjuang tingkatkan kesejahteraan rakyat untuk kekal relevan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan hanya tertumpu kepada kemenangan dalam pilihan raya.

Ia juga tentang usaha berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan PBB sentiasa relevan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Awang Tengah (duduk tengah) bersama Ketua Cawangan PBB N67 Jepak merangkap ADUN Jepak, Iskandar Turkee (tiga kiri), dan Timbalan Bendahari PBB Sarawak merangkap Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat (tiga kanan) bergambar dengan ahli-ahli PBB N67 Jepak usai Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N.67 Jepak bagi sesi 2024-2027.

Tegas Timbalan Yang DiPertua PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, kejayaan politik parti tidak terhad hanya kepada kemenangan dalam pilihan raya.

“Tanpa kemenangan majoriti, kita akan kehilangan kuasa. Jika kita hilang kuasa, bagaimana kita dapat terus berjuang untuk rakyat kita?” ujarnya.

Beliau berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N.67 Jepak bagi sesi 2024-2027 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Menurut Awang Tengah, perjuangan PBB bukan sekadar dari segi politik semata-mata, tetapi juga melibatkan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pelbagai sektor, termasuk pendidikan dan pembangunan bakat.

“Perubahan berlaku begitu cepat. Jika kita tidak bergerak seiring dengan perkembangan ini, orang akan melihat parti kita tidak relevan lagi.

“Parti kita mesti terus kekal relevan dengan masa, sambil mengekalkan prinsip dan dasar perjuangan kita,” tambahnya.

Awang Tengah juga mengambil contoh kejayaan Bintulu yang kini berkembang pesat menjadi pusat pelaburan utama.

“Bintulu bukan berubah secara kebetulan. Ini adalah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin kita dalam parti PBB.

“Kita mahu PBB Jepak terus relevan dengan perubahan ini, dan menjadi penyumbang utama kepada pembangunan daerah dan negeri,” katanya.

“Dengan perkembangan Bintulu, kita perlu pastikan lebih ramai peniaga dan pengusaha berjaya.

“Kita juga mahu anak-anak muda kita berkhidmat dalam sektor swasta dan awam dengan pemikiran yang lebih maju dan canggih.

“Parti kita adalah platform yang memberi kekuatan kepada mereka untuk berkembang,” ujar beliau lagi.

Awang Tengah turut mengingatkan ahli PBB untuk terus mengekalkan semangat musyawarah, keikhlasan, dan disiplin dalam menyelesaikan setiap cabaran.

“Walaupun kita berbeza pendapat, kita harus menyelesaikan setiap isu dengan cara bermusyawarah dan semangat jujur.

“Ini adalah disiplin yang telah membawa parti kita dari kecil ke besar, memberikan manfaat kepada rakyat dan membangunkan negeri kita,” katanya.

Dalam konteks kestabilan negeri, Awang Tengah mengingatkan bahawa kejayaan Sarawak tidak hanya bergantung kepada kekayaan sumber semula jadi, tetapi kepada kestabilan politik yang kukuh.

“Sarawak mungkin kaya dengan minyak, gas, tanah, dan sumber semula jadi, namun tanpa kestabilan politik, semua ini boleh terancam.

“Lihatlah negara-negara di Afrika yang memiliki sumber yang banyak, tetapi tidak stabil dari segi politik. Mereka gagal berkembang,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa keberhasilan perjuangan PBB dapat dilihat melalui kejayaan Perjanjian Malaysia 1963, yang menyaksikan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri.

“Itulah hasil perjuangan kita. Dengan kestabilan politik dan kekuatan yang ada, kita dapat terus memperjuangkan hak kita dan memastikan kemajuan negeri,” kata Awang Tengah.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah