ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini. Foto: Mohd Alif Noni

PBB perkukuh jentera, persiapan PRU DUN Sarawak pada tahap kesiapsiagaan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperkemas persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-13 dengan jentera parti sudah berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, persiapan itu dimulakan lebih awal dan terus diperhalusi menjelang pilihan raya, tanpa menunggu keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

“Kita sudah membuat persiapan lebih awal. Kita tidak menunggu sehingga mesyuarat hari ini untuk mula bersiap sedia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan dihadiri hampir semua anggota Majlis Tertinggi parti.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, persiapan PBB kini berada pada tahap sangat tinggi, meskipun belum mencapai 100 peratus.

Beliau berkata, pengalaman PBB menghadapi pelbagai pilihan raya sebelum ini menjadi antara kelebihan parti itu dalam mengatur persiapan kali ini.

“Langkah seterusnya ialah menubuhkan secara rasmi jawatankuasa pilihan raya PBB yang akan dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,” ujarnya.

Ditanya mengenai sasaran mempertahankan 47 kerusi yang dimenangi PBB pada PRN lalu, Nanta menyerahkan perkara itu kepada Abang Johari untuk memberikan penjelasan.
Beliau turut enggan mengulas sama ada proses penilaian calon sudah dimuktamadkan dan menyatakan bahawa perkara itu akan dijelaskan oleh Premier Sarawak.

BERITA LAIN

Pertahan 47 kerusi PBB, 82 kerusi GPS

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memburu kemenangan di kesemua 47 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12, kata Timbalan Presidennya, Datuk

BERITA TERBARU

Pertahan 47 kerusi PBB, 82 kerusi GPS

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memburu kemenangan di kesemua 47 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12, kata Timbalan Presidennya, Datuk