ARTIKEL

Kredit: REUTERS

PBB pertimbang semua pilihan untuk bawa masuk bantuan ke Gaza termasuk payung terjun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TORONTO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengulangi keperluannya untuk lebih banyak akses bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sambil ia melihat semua pilihan lain termasuk menggunakan payung terjun (air-drop).

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric berkata secara ideal, badan dunia itu memilih jalan raya sebagai pilihan untuk membawa bantuan ke Gaza, lapor Agensi Anadolu. 

“Payung terjun amat mencabar tetapi ia adalah pilihan (untuk WFP) (Program Makanan Sedunia). Secara ideal, kami mahu membawa bantuan melalui jalan raya, kami mahu lebih banyak laluan dibuka, kami mahu lebih banyak pintu masuk dibuka,” katanya semasa sidang media.

Dujarric juga menekankan keperluan untuk meningkatkan penyelarasan antara negara-negara anggota mengenai operasi kemanusiaan.

Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Perancis dan Qatar pada Selasa melaksanakan operasi untuk menggugurkan bantuan ke Gaza dengan pesawat.

Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh hampir 29,954 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70,000 penduduk lain dengan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah