ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen PBB Zon Betong, di sini, hari ini.

PBB utamakan merit dan keadilan dalam kepimpinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berjaya mengharungi pelbagai cabaran politik kerana tidak pernah membenarkan sentimen perkauman memecah-belahkan parti, sebaliknya terus berpegang kepada prinsip kepimpinan berasaskan merit dan keadilan.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kekuatan parti itu juga terletak pada prinsip keadilan dan politik inklusif yang diamalkan sejak penubuhannya, sekali gus membolehkan semua kaum menikmati hasil pembangunan secara saksama.

“Kita tidak pernah mengamalkan dasar yang meminggirkan mana-mana kaum, sebaliknya memberi peluang berdasarkan keupayaan dan merit.

“Sesiapa yang berkebolehan akan diberi peluang. Kita tidak melihat kepada kaum, tetapi kepada kemampuan dan keadilan untuk semua rakyat Sarawak,” katanya pada Majlis Perasmian Konvensyen PBB Zon Betong, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan amalan politik lompat parti yang menurutnya hanya mengundang ketidakstabilan, terutama apabila negeri menghampiri musim pilihan raya.

Mengimbau krisis politik negeri pada 1987, Abang Johari yang juga Presiden PBB berkata, parti itu berjaya mengharungi cabaran tersebut kerana komitmen tinggi dalam mempertahankan perpaduan serta kekal bersatu.

“Kita pernah melalui pengalaman pada tahun 1987. Permainannya hampir sama, tetapi kita berjaya bertahan sehingga hari ini kerana tidak pernah berniat memecah-belahkan rakyat mengikut kaum.

“Kita bekerjasama dan memastikan setiap keputusan dibuat secara adil demi kepentingan semua masyarakat. Siapa yang berkebolehan, dialah yang diberi peluang untuk memimpin demi kepentingan semua kaum,” ujarnya.

Mengambil contoh pelantikan bekas Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, beliau berkata, pelantikan itu dibuat berasaskan merit yang diamalkan kerajaan negeri.

“Ketika saya melantik Jaul Samion sebagai Setiausaha Kerajaan Sarawak, tidak timbul sebarang pertikaian kerana beliau berlaku adil kepada semua walaupun beliau anak Iban.

“Sebelum itu, ketika Datu Baya Dandot yang berbangsa Bidayuh menjadi Setiausaha Kerajaan Sarawak, perkara yang sama berlaku kerana beliau juga menjalankan amanah dengan adil,” katanya.

Tambahnya, kestabilan politik yang dikekalkan PBB selama ini telah membolehkan Sarawak muncul sebagai antara lima ekonomi terbesar di Malaysia, dengan sasaran untuk terus meningkatkan kedudukan menjelang 2030.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih