ARTIKEL

PDRM: Mulai esok tiada lagi kompromi individu ingkar SOP PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bermula esok (Isnin), orang ramai dan pemilik premis perniagaan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun RM1,000.
Perkara ini didedahkan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Sibu DSP Ariffin Bahar ketika ditemui semasa melakukan pemantauan pematuhan hari kedua SOP PKP di Terminal Bas Ekspres Sibu, Jalan Pahlawan di sini, petang ini.
“Ya. Mulai esok PDRM tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau pemilik premis perniagaan untuk mengenakan denda ataupun kompaun kepada mereka yang masih degil pada hari ketiga pelaksanaan PKP.
“Dua hari pertama ini iaitu bermula semalam dan hari ini kami hanya memberi nasihat sahaja. Esok tiada lagi nasihat,” tegas Ariffin.
Beliau menjelaskan denda atau kompaun itu adalah dibawah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti)
Peraturan 2020 yang membolehkan pihak polis boleh mendenda pesalah sebanyak RM1,000.
Beliau berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan yang ketat dalam usaha mahu orang ramai mematuhi SOP.
“Kami melakukan semua ini adalah mahu rakyat memahami sepenuhnya dan kesedaran tinggi untuk mematuhi SOP,” katanya.
Bercakap mengenai pemantauan di terminal bas tersebut, beliau mengatakan perkara yang diperiksa adalah keperluan syarikat bas mematuhi garis panduan SOP termasuk memiliki permit operasi seperti yang diperlukan di bawah PKP 2.0 dan penjarakan sosial dan hanya 50 peratus tempat duduk dapat dipenuhi.
“Sekiranya terdapat 100 tempat duduk di dalam bas, hanya 50 tempat duduk yang dibenarkan. Ini untuk memudahkan penjarakan sosial dipraktikkan di dalam kenderaan awam,” katanya.
Pemeriksaan ini juga, ujarnya, untuk memeriksa sama ada penumpang mempunyai permit perjalanan rentas daerah yang dikeluarkan oleh PDRM.
“Kami menempatkan satu pasukan yang merangkumi tiga hingga empat anggota polis dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini untuk melakukan pemeriksaan setiap hari,” jelas Ariffin.
Sementara itu, operasi itu melibatkan 15 anggota polis dan lalu lintas termasuk pegawai tiga JPJ.
Bahagian Sibu yang meliputi daerah Sibu, Selangau dan Kanowit kimi sedang dalam tempoh PKP selama dua minggu bermula dari 16 Januari hingga 29 Januari ini berikutan lonjakan kes Covid-19 melalui Kluster Pasai.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi