ARTIKEL

FB Fahmi Fadzil

PDRM perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi tangani isu media sosial – KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.

“Saya percaya ini keutamaan PDRM, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat sentiasa terpelihara, bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa-masa akan datang.

“Menteri Komunikasi turut berharap agar kerjasama erat antara PDRM dengan kementerian dapat digembelengkan sepenuhnya, terutama dalam menangani isu-isu yang melibatkan media sosial,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu, di sini.

Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha