ARTIKEL

Pearly -Tinaah ketika beraksi

Pearly-Thinaah mara ke final beregu wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara menepati ramalan mara ke peringkat akhir bagi perebutan pingat emas selepas menumpaskan pasangan Indonesia dalam perlawanan separuh akhir tiga set yang penuh debaran.

Gandingan Pearly Tan dan M. Thinaah mencatat kemenangan 21-14, 19-21, 21-16 dalam aksi yang berlangsung di Universiti Thammasat, Kampus Rangsit, sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke pentas final.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad negara hanya selangkah lagi untuk mengukuhkan kedudukan sebagai antara regu wanita terbaik di Asia Tenggara.

Thinaah, ketika ditemui selepas perlawanan, memuji aksi cemerlang pasangan Indonesia yang memberi tekanan berterusan sepanjang perlawanan.

“Mereka bermain dengan sangat baik dan banyak memaksa kami untuk melakukan rally panjang, namun kami terus berjuang dan saling menyokong.

“Kami tidak mahu meninggalkan sebarang penyesalan di atas gelanggang dan kami gembira kerana berjaya melepasi halangan ini,” katanya.

Sementara itu, Pearly yang berdepan masalah kesihatan sepanjang perlawanan turut merakamkan penghargaan kepada Thinaah atas sokongan serta kerjasama luar biasa yang ditampilkan.

“Saya sangat bangga dengan dia. Hari ini, dia bermain dengan sangat baik.

“Tanpa dia, kami tidak mungkin dapat menang,” ujarnya.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meillysa Trias Puspitasari, menewaskan pasangan Vietnam, Bui Bich Phuong dan Vu Thi Trang, dengan keputusan straight set 21-10, 21-9.

Dengan kemenangan itu, pasangan yang kini menghuni ranking ke-10 dunia tersebut bakal bertemu Pearly dan Thinaah pada aksi final, yang dijangka menyajikan pertembungan sengit antara dua kuasa besar badminton Asia Tenggara.

Malaysia kali terakhir meraih pingat emas dalam acara beregu wanita pada temasya 2015 menerusi gandingan Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU