ARTIKEL

Pegawai AADK cedera ditikam di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) Daerah Sibu cedera dibahagian dada akibat ditikam di Pusat Khidmat AADK (CCSC) kira-kira 8.30 malam, hari Sabtu.

Kejadian di kawasan Ulu Lanang itu menyebabkan mangsa, Juing Garai mengalami kecederaan serius di bahagian dada.

Maklumat awal mendapati mangsa yang dalam kesakitan segera menghubungi rakannya untuk meminta bantuan.

Ketua Pegawai ADDK Sibu, Lu Ting Pin berkata, mangsa menghubungi beliau sekitar jam 8.18 malam untuk meminta bantuan kecemasan.

“Mangsa memberitahu saya bahawa beliau telah ditikam oleh seorang klien Pusat Khidmat CCSC dengan menggunakan senjata tajam sambil mengerang kesakitan.

“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 malam, kami mendapati mangsa dalam keadaan parah di dada dengan berlumuran darah,” katanya dalam satu kenyataan pada malam terbabit.

Jelasnya, mangsa yang cedera terus dikerahkan ke Hospital Sibu setibanya pihak ambulans di tempat kejadian.

Menurutnya beliau turut mengarahkan beberapa anggotanya ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Sementara itu, suspek yang menikam mangsa kini masih dalam siasatan dan buruan polis.

“Suspek dipercayai telah melarikan diri menggunakan motosikal Honda Wave berwarna merah milik mangsa,” ujarnya.

Bahagian dada mangsa berlumuran dadah akibat ditikam menggunakan objek tajam oleh suspek

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha