ARTIKEL

PENCERAMAH TERKENAL... Uggah (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Syamsul Debat (kanan) sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan di BCCK semalam.

Pegawai kerajaan digesa berterus terang mengenai sebarang masalah di lapangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Jangan sampaikan berita buruk kepada kami”, itu peringatan diberikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada semua pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu menegaskan, setiap pegawai terbabit mesti berterus terang dan memberitahunya serta pengurusan tertinggi tentang masalah yang dihadapi semasa melaksanakan projek di lapangan.

“Sila beritahu kami, terutamanya masalah yang dihadapi dalam memberi taklimat kepada kami mengenai sesuatu projek, letakkannya di atas meja untuk perbincangan dan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam, di mana majlis itu turut diselitkan dengan ceramah integriti oleh Ustaz Syamsul Debat.

Menurut Uggah, beliau telah berdepan dengan satu kes baru-baru ini ketika melawat projek jalan raya di Kota Samarahan.

Katanya, ketika tiba berhampiran tapak projek itu, beliau ditemui sekumpulan ketua kampung dan pemilik tanah yang sangat cemas berhubung pampasan ke atas tanah mereka yang terjejas.

“Sudah tentu ada yang marah tetapi dalam taklimat awal yang diberikan, saya tidak diberitahu isu ini, sama ada ia secara sengaja atau kesilapan yang hakiki, tetapi saya harap ia satu kesilapan yang hakiki.

“Saya sendiri, dua timbalan menteri saya dan Setiausaha Tetap, kami semua terbuka untuk maklum balas anda. Apa pun, sama ada berita buruk atau baik, anda kena beritahu kami,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah berkata kementeriannya menetapkan sasaran menggunakan 100 peratus atau sekurang-kurangnya 95 peratus daripada perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan pada tahun ini sebanyak RM799.5 juta.

“Pada 2021, prestasi perbelanjaan pembangunan kita berada pada 67.46 peratus, dan pada 2022, lebih tinggi sedikit iaitu 68.16 peratus.

“Saya berbangga menyatakan pada 2023, prestasi kita berada pada 85.69 peratus, antara yang tertinggi berbanding kementerian dan jabatan lain, dan saya yakin kita boleh melakukan yang lebih baik,” katanya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU