ARTIKEL

Pegawai polis dari Sarawak maut kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Anak Sarawak yang juga Ketua Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika sedang bertugas membantu pasukan polis dalam Ops Covid-19.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi di lampu isyarat Arkib Negara, Jalan Mentaloon itu mengakibatkan mangsa Asisten Superintenden Aldrin Gonda meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, ketika kejadian kereta yang dinaiki pegawai polis berusia 38 tahun bersama-sama dua lagi anggota dari arah Kanchut menghala ke arah Pantai Johor selepas menerima makluman untuk melakukan satu tangkapan di Pantai Johor.

“Bagaimanapun, kereta berkenaan terbabas di lampu isyarat tersebut selepas mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kiri ke arah lorong kanan.

“Kemalangan menyebabkan mendiang meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi anggota dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar,” katanya kepada media ketika ditemui di Unit Forensik HSB, dekat sini.

Kedua-dua anggota masing-masing berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Menurut Rozi, PDRM kehilangan seorang anggota yang berdedikasi kerana mendiang sentiasa komited sepanjang bertugas di IPD Kota Setar sejak tiga tahun lalu.

“Sekarang kita sedang mengesan motosikal tersebut dan difahamkan kejadian tersebut berlaku sangat pantas.

“Ada saksi yang melihat motosikal membelok dari kiri ke kanan dan menghilang selepas kejadian itu berlaku. Saya minta pemilik motosikal itu tampil untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.

Tambahnya, mendiang meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia enam tahun dan PDRM akan menghantar jenazahnya pulang ke Serian selepas segala urusan selesai. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu