ARTIKEL

Foto JBPM

Pejabat syarikat kenderaan terbakar di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebahagian pejabat di premis sebuah syarikat kenderaan di Jalan Sultan Iskandar di sini terbakar malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 8.42 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu serta BBP Kidurong digerakkan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan bahagian bawah pejabat sebuah bangunan kekal dua tingkat berkeluasan 100 x 80 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 30 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal pada 9.15 malam menggunakan dua aliran hos, tiga nozel, pam jentera serta sumber air daripada pili bomba berhampiran sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.58 malam selepas lokasi disahkan selamat.

Operasi melibatkan 15 anggota bomba dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mengawal keadaan di lokasi kejadian seperti dilapor TVS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU