ARTIKEL

NAHAS…Kemalangan maut yang berlaku di KM 45 Jalan Kuching-Serian pada Rabu.

Pejalan kaki maut dilanggar kenderaan di Jalan Kuching-Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang pejalan kaki yang merupakan lelaki warga emas maut dilanggar kenderaan di Jalan Kuching-Serian di sini, malam tadi.

Menurut KPD Serian, DSP Neil Beginda, dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, insiden melibatkan seorang pejalan kaki dengan sebuah kenderaan, dipercayai telah meninggalkan tempat kejadian selepas kemalangan berlaku.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berada di atas besi penghadang jalan sebelah kanan menghala Serian.

“Terdapat juga serpihan pecahan cermin sisi pandang belakang dan nombor plat dipercayai kenderaan yang melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Neil, akibat kemalangan tersebut mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara hari ini kata beliau, seorang lelaki berusia 63 tahun telah datang ke Balai Polis Serian membuat laporan pada jak 11.56 pagi berhubung kejadian.

“Hasil siasatan awal pemandu tersebut semasa kejadian sedang memandu di lorong kanan dari arah Kuching menuju ke Serian.

“Apabila sampai di tempat kejadian lebih kurang jam 10.50 malam telah melanggar sesuatu yang tidak pasti di sebelah kanan.

“Pemandu telah memberhentikan kenderaan ditempat yang terang lebih kurang dua kilometer (km) di tempat kejadian untuk memeriksa kerosakan kenderaannya.

“Semasa berhenti, dia telah dimaklumkan oleh pengguna jalan raya yang lain bahawa kenderaannya telah dibaling dengan sesuatu objek.

“Selepas itu pemandu pun meneruskan perjalanan sebelum dimaklumkan telah terlibat dalam kemalangan dengan seorang pejalan kaki. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” ujarnya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU