ARTIKEL

ACP Norhizam Bahaman

Pejalan Kaki Warga Asing Maut Dirempuh Lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seorang pejalan kaki warga asing maut selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Baru Dengkil, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata dalam kejadian pada 8.46 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 60-an dirempuh sebuah lori jenis Isuzu berwarna putih dari arah Air Hitam menghala ke Dengkil.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melintas jalan secara mengejut sebelum dilanggar lori berkenaan yang tidak sempat menekan brek atau mengelak.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terperosok dan tersepit di bahagian bawah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Norhizam berkata mangsa yang dipercayai warga Indonesia itu bekerja di syarikat pembersihan swasta telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu lori lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an pula tidak mengalami kecederaan dan memiliki lesen memandu yang masih sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU