ARTIKEL

Pejuang serah permohonan pendaftaran kepada RoS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu, berkata pihaknya datang ke RoS hari ini membawa borang permohonan dan dokumen sokongan untuk pertimbangan jabatan tersebut walaupun telah membuat permohonan pendaftaran secara dalam talian.

“RoS pastinya akan meneliti setiap butiran daripada permohonan ini untuk memastikan kita telah mematuhi syarat-syarat berkaitan Akta Pertubuhan 1966.

“Kita berharap RoS akan meluluskan pendaftaran Pejuang secepat mungkin supaya kita boleh terlibat dalam sistem demokrasi di negara ini sebagai sebuah parti politik yang sudah berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran itu di sini.

Mukhriz berkata parti itu akan menggunakan logo bermotifkan huruf Jawi “pa” yang mewakili maksud pejuang manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Pada 7 Ogos lepas, bekas perdana menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang kemudiannya dinamakan sebagai ‘Pejuang’.

Dr Mahathir dilaporkan berkata parti itu akan dipimpin oleh anaknya Mukhriz sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU