ARTIKEL

Peka perubahan cuaca

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP tahun pada bulan November dan Disember, kita akan berdepan dengan musim tengkujuh. 

Pada musim ini, kita selalu menyaksikan taburan hujan lebat dan kejadian banjir.

Pada masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) selalu mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak November ini.

Menurut MetMalaysia, kemuncak El Nino dijangka berlaku ketika permulaan musim hujan yang dijangka hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Bagi yang baru mendengar perkataan El Nino, El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud ‘anak lelaki’ dan istilah berkenaan digunakan buat pertama kali oleh nelayan di Peru sekitar tahun 1800.

 Secara mudahnya, fenomena El Nino membabitkan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik.

Fenomena El Nino, yang merupakan corak iklim di Lautan Pasifik, berpotensi menyebabkan cuaca lebih panas dan kering di negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.

 Ketika ia berlaku, suhu permukaan laut meningkat di bahagian timur Lautan Pasifik iaitu di perairan Columbia, Ecuador dan Peru disebabkan kemasukan arus panas dari bahagian tengah dan barat Lautan Pasifik.

El Nino akan membawa jumlah hujan yang sangat tinggi di kawasan tertentu di benua Amerika, Asia Timur dan Asia Selatan dengan lazimnya akan menyebabkan banjir.

El Nino dijangka mencapai puncaknya pada hujung tahun ataupun awal tahun depan.

Pada waktu tersebut, negara berada dalam Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac, yang membawa lebih banyak hujan lebat di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, orang ramai dinasihati untuk lebih peka dengan semua maklumat berkaitan cuaca daripada agensi-agensi berkaitan, terutama MetMalaysia.

Kepekaan orang ramai terhadap keadaan cuaca dan informasi daripada agensi berkaitan amat penting, bagi membolehkan mereka merancang aktiviti harian serta bagi mengelak daripada kejadian tidak diingini.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan kawasan kerap berlaku banjir.

Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

Dalam kes cuaca yang ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan hari. 

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang dalam tempoh monsun ini boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Kejadian bencana banjir semasa Monsun Timur Laut yang saban tahun berlaku bukan hanya meragut nyawa malah mendatangkan kerugian sehingga jutaan ringgit kepada negara.

Maka, orang ramai harus bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.

Kita harap keadaan bencana buruk seperti banjir besar dan angin kencang tidak berlaku. 

Ini kerana, keadaan banjir bakal merosakkan harta benda dan menyusahkan rakyat.

Orang ramai juga harus memastikan semua barangbarang berharga disimpan ditempat yang tinggi supaya tidak terkena air semasa banjir.

Pastikan juga semua soket elektrik dan bahan yang berbahaya di nyahaktifkan terlebih dahulu.

 Pantau anak-anak yang bermain hujan atau air limpahan banjir kerana boleh menyebabkan banyak penyakit bawaan air dan menjejaskan kesihatan. 

Paling penting semasa musim tengkujuh ini pastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha