ARTIKEL

BERPAUT.... Beberapa pekayuh yang terlibat dalam insiden perahu karam terbabit berjaya berpaut pada tali di lokasi kejadian.

Pekayuh maut, perahu karam akibat arus deras di Beladin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELADIN: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam insiden sebuah perahu karam berhampiran tebing sungai Batang Saribas, Beladin, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Rejali Angong berkata, mangsa Bakri Mohammad, 32, disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, mangsa dipercayai tenggelam bersama dengan perahu selepas perahu dinaikinya bersama-sama pekayuh yang lain karam akibat arus deras ketika dalam perjalanan balik ke pangkalan sekitar 3.50 petang.

“Perahu KT500 Pantai Damai Beladin karam disebabkan arus deras ketika dalam perjalanan hendak balik ke pangkalan.

“Disebabkan kejadian itu, mangsa tenggelam bersama-sama perahu dan ditemui tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang ditemui seterusnya dibawa ke Klinik Beladin dan disahkan meninggal dunia,”katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat telah dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan bedah siasat.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Terdahulu, Regata Karnival Beting Maro yang dijadual berlangsung tiga hari disertai sebanyak 20 pasukan berentap bagi merebut jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM78,000.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU