ARTIKEL

Pekerja kilang cedera tangan tersepit mesin di Muara Tuang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Suasana cemas tercetus di sebuah kilang makanan di Muara Tuang apabila tangan kanan seorang pekerja lelaki tersepit pada mesin membuat roti, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Justin Basik, kejadian berlaku sekitar 11.28 pagi ketika mangsa berusia 37 tahun dipercayai menjalankan tugas di bahagian pemprosesan sebelum tangannya terperangkap pada mesin berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan operasi di premis berkenaan tergendala, manakala rakan sekerja mangsa segera menghubungi pihak kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan dan tiba pada 11.47 pagi selepas menempuh perjalanan kira-kira 17 kilometer.

Katanya setibanya di lokasi, anggota mendapati tangan mangsa masih tersepit dan operasi menyelamat dijalankan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan menjadi lebih parah.

“Pasukan Keluaran Operasi menggunakan peralatan khas untuk meleraikan bahagian mesin sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa.

“Mangsa mengalami patah pada pergelangan tangan kanan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Operasi yang melibatkan enam anggota bersama dengan dua jentera itu ditamatkan sepenuhnya pada 12.25 tengah hari,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai